24 April 2011

~La Ikro Ha Fiddin~

24 April 2011 bersamaan 20 Jamadilawal 1432H
jam 10 pagi (menanti ketibaan my mom, my nenet n my uncle)


Kenapa aku memilih tajuk La Ikro Ha Fiddin? La Ikro ha Fiddin dalam bahasa arab  membawa maksud, di petik daripada Al Quran ayat 256 Surah Al Baqarah yang bermaksud  “La ikro ha fiddin…” “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)”kenapa lak aku nak citer sal ni kan?


sebenarnya aku baru selesai menonton telemovie di Astro Prima, da lama da citer ni namun aku selalu tidak berkesempatan nak menonton..telemovie ni di lakonkan oleh Sharifah Amani, Zach x-Factor, Susan Lakester, Razak Ahmad dan beberapa pelakon lagi...citer ni mengisahkan tentang



~Drama yang mengisahkan seorang doktor bukan Muslim bernama Doktor Edward (gambar di sebelah) yang telah merantau ke seluruh pelusuk nusantara termasuk Indonesia sehingga kembali ke tanahair dan minta dihantar bertugas di sebuah kawasan desa iaitu Paloh Hinai. Disana dia bertemu dengan Nurlisa ( lakonan Sharifah Amani) seorang graduan Al – Azhar yang mengajar agama kepada kanak-kanak di kampong itu.
Persahabatan baik antara mereka akhirnya membibitkan perasaan cinta antara mereka berdua tetapi Nurlisa menarik diri dari meneruskan perhubungan ini kerana beliau tidak mahu menghampakan Dr Edward kerana sedarnya hayatnya tidak panjang dek kerana penyakit barah hati yang dihidapinya.
Dr Edward pula berhadapan dengan pelbagai patient di desa itu tetapi 3 orang patient yang sangat menyentuh hatinya ialah seorang madam berbangsa Cina ( lakonan Louisa Chong), seorang abang berbangsa India bernama Doraisamy serta Nurlisa sendiri ( beliau baru mengetahui akan penyakit Nurlisa kerana ayahnya yang membocorkan penyakit Nurlisa kepada doktor muda itu). Ketiga -tiga mereka menghidap penyakit buah pinggang, buta mata serta kanser hati.
Hati Dr Edward telah terbuka untuk menerima Islam dan beliau mengambil keputusan untuk memeluk Islam dengan kerelaan hatinya tanpa diketahui keluarganya. Rahsianya telah memeluk Islam hanya disampaikan kepada seorang Sister ( lakonan Susan Lankaster). Serentak dengan itu, beliau telah memberi wasiat berupa 3 pucuk surat kepada Sisternya itu. Syaratnya adalah surat itu hanya boleh dibuka apabila berlaku kejadian yang tidak diingini berlaku padanya ( termasuklah kematian)
Suatu hari, Dr Edward telah pergi ke suatu tempat di kampong itu. Disitu beliau telah dibunuh oleh Samiri ( lakonan Fauzi Nawawi) dengan menolaknya jatuh ke gaung. Mayatnya dijumpai dan Sisternya yang mengetahui akan kematian Dr Edward telah membuka surat wasiat itu..
Disini, aku masih tidak dapat mengagak akan endingnya. Walau bagaimanapun, endingnya amat menyayat hati apabila beliau telah menderma matanya ( kepada si Doraisamy tadi), buah pinggangnya ( kepada si madam berbangsa Cina tadi) serta hatinya ( kepada Nurlisa ).
sedey kot !!! uhuk3x..
lagu tema blog aku ari ni..lagu tema citer ni !!

sekian, terima kasih



1 ulasan:

  1. akk dh tgk cite ni..mmg smpai msjnyer dn agk touching...huhuhu

    BalasPadam

Komen sana Komen sini