8 Februari 2014

Karnival Karangkraf 2014

8 Februari 2014

Karangkraf Mall Seksyen 15 Shah Alam

Sesi menghabiskan WANG RINGGIT kat sini .. ouch !!!

well.. nak kata ngabiskan duit sangat tu idaklah sebab memang duit pada paras bacaan LPU nye sangat rendah dan membahayakan kesihatan.. hahahahaha

saya ke sana sebab saya nak bawak buku-buku yang da sedia ada kat umah utk saya dapatkan tandatangan penulisnya ..  

tp niat saya untuk memiliki buku ini memang membuak-buak sangat ..

buku Cerita Cinta Ahmad Ammar ...


buku ini di hasilkan bagi memberi pendedahan kepada semua orang Perjuangan Dakwah seorang remaja yang bernama Ahmad Ammar di mana beliau telah meninggal dunia pada 2 November 2013 (betulkan sekiranya saya silap) di Istanbul.  beliau meninggal akibat kemalangan (dilanggar Ambulans) dan apa yang menarik tentang Ahmad Ammar ini, beliau disemadikan di Perkuburab Eyub Sultan menghadap Laut Golden dimana tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat Nabi, Auliya', Panglima Uthmaniyyah dan orang kenamaan di sana.  

Namun aku xberpeluang nak berjumpa parents arwah.  aku dimaklumkah oleh pihak Karangkraf bahawa parents dia dah hadir untuk sesi tandatangan buku tersebut semalam / kelmarin.. xpelah.. xde rezeki nak jumpa..InshaAllah di lain ketika sekiranya diberi umur yang panjang dan jodoh pertemuan oleh Allah SWT.  

Berbalik kepada Karnival Karangkraf ni, aku ada juga terembat novel seremmmmm (seram ke tak aku xtahulah sebab lom baca) antara Novelnye ... jeng jeng jeng ~


Kubur Bernyawa ni kisahnya berkisarkan seorang nenek barangkali ~ hihihihi
sebab apa aku cakapa nenek? sebab kat buku tu ada dialog nih 

"nenek ikut mereka cu... tolong nenek cu... nenek dari kubur sesat di sana, mereka telah menggerakkan nenek. Tolong nenek cu..."- kubur bernyawa _



yang cite Margasatwa ni plak hasil garapan Kanda Angkat aku Saidee Nor Azam a.k.a Bapak Bertopeng hahahahahaha .. citer ni aku baru baca sampai chapter 6.. seram dan kompius memikirkan kehilangan 3 pelajar Universiti tuh~ adoiiiii 

- Kerana Cinta Dia Terus Hidup -


Suara Tengah Malam ni agak seram tajunya tapi sama seperti Kubur Bernyawa tadi - status nya ~ Aku Belum Baca - hahahahahahahaha

dalam keadaan basah kuyup dek di baham peluh yang mengalir bak air ekon menitik, aku gagahkan diri berdiri nak jumpa RAMs plak.  ada 2 novel yang aku nak dapatkan tandatanganye - Ramlee Awang Murshid ni memang ramai giler peminat dia.  xkira baru ke tegar ke veteran ke semua sanggup beratur.  nak tercabut lutut aku berdiri lama sebab nak dapatkan otograph RAMs ni.  yang best nye sesi otograph ngn RAMs ni, bukan kita interview dia tp dia interview kita .. terketar-ketar aku nak jawab soklan-soklan beliau ... adoiii ~


Sunan ni hadiah Besdei untuk aku dari Abg Saidee ~ tp yang best nye aku paksa si RAMs ni tulis Happy Birthday~ hahahahah .. tp RAMs xkan hampakan peminat dia.. dengan longlai dia tulis jgk ~ hahahahaha
ini karya ke 23 RAMs ~


Magis ni aku da beli lama tp masa tu RAMs xde kat pesta buku dulu.. aku bawaklah time karnival Karangkraf ni selepas dapat sumber maklumat menyatakan beliau ada hari ni utk session otograph ~

lain-lain adegan sepanjang aku duk kat Karnival Karangkraf adalah seperti gambar yang dipaparkan di bawah ini ~  tengok-tengoklah yer ~ sudi-sudikanlah ~


Wak Doyok in da house -

~Wak Doyok atau dengan nama sebenar beliau.
Tengku Muhamad Azwan Shah @ Muhammad Azwan Mohd Nor.
Bukan calang orang jugak si mamat yang berjambang & bermisai melentik ni.
Dia seorang pengemar fesyen Mods dan juga pereka fesyen. Juga pemilik jenama THE GARMENT.
Wak doyok berkelulusan dalam bidang kejuruteraan dari salah satu universiti di Jerman~



with Karl Shafek ~


Dr Fazley ngah buat demo wat kek kot ~


saje amik gambo ni ~


inilah Saidee Nor Azam a.k.a bapak bertopeng yang wat Novel Margasatwa dan Hingga Hujung Waktu ~


inilah Ramlee Awang Murshid (RAMs)


Mr Saidee ngn Maria Kajiwa


inilah hasil novel tadi ~

harap korang ENJOY !!!!


- kBai -






















6 Februari 2014

Februari Oh Februari ~

fenomena Februari

aku balik kampung !

balik Raya Cina

lepak-lepak dengan 2-2 famili

memang best sangat - sangat

pastu wat besdei celebration (along aku nyer besdei) tp aku include sekali sebab aku nye besdei Januari mom aku xdan nak beli kek..

da reramai ni kita orang celebrate lah..






dalam duk syok celebrate kami main polong kat depan umah ~ hihihi

polong ni games paling best zaman kami kanak-kanak... time raye je org duk main bunga api ngn mercun kami duk sibuk main polong, hahahahaha





kbai .. toink - toink