16 Disember 2011

Tuhan, Aku Terlalu Banyak Dosa

pejam celik. Pejam celik. Mata tidak juga bisa ditutup. Memerhatikan segenap ruang bilik. Terpana pada jam di dinding. Sepantas jarum saat akhirnya pasti berhenti. Tatkala,manusia pasti akan toleh ke belakang. Memikirkan tiap detik yang berlalu. Muhasabah.
Dalam suka duka, mengenang dosa-dosa semalam. Hadir rasa kesal dan kesedihan mula melanda diri. Bila rasa bersalah hadir, rasa kehambaan juga turut hadir. Mencari Tuhan, mengingati Tuhan, menyebut-nyebut nama-Nya. Menghadirkan rasa bertuhan agar menyentap sanubari "Ya Allah,hamba-Mu ini rasa berdosa. Terlalu. Terlalu banyak dosa."
Maka berderailah air mata. Tidak tertahan-tahan lagi. Pada tangisan ia kembali kepada fitrah insani, mencari Tuhan tatkala rasa bersalah. Terlukis kerinduan hadir dari hati yang dihimpit perasaan ingin dibelai Tuhan.
Oh Tuhan.
Aku manusia biasa. Aku bukan malaikat. Manusia itu sering lupa dan leka. Gembira dengan kesenangan, sedih dengan kesusahan. Kiranya aku fikirkan aku sudah cukup bahagia. Tapi adakah aku tenang? Hari-hariku bukan lagi mentaddabur bacaan Al-Quran. Solatku kini bukan lagi khusyuk. Hatiku tidak lagi dijamu dengan roh usrah, tazkirah dan ceramah setiap hari. Aku lalai di sini.
Di sini. Di celah kesibukan.
Tapi aku bukan manusia jahat. Tidak pernah sesekali ku teguk minuman syaitan. Tidak pernah ku menjejakkan kakiku ke tempat maksiat. Aku tidak menyentuh yang bukan halal untukku. Aku hanya manusia biasa. Aku menunaikan sembahyang. Aku berpuasa di bulan Ramadan. Aku manusia biasa!
Tapi, kurasakan kini ibadahku seakan-akan tiada roh.
Tiada rasa haya' kepada-Mu! Tiada rasa takut kepada-Mu!
Di manakah semangat itu menghilang?
Di manakah air mata yang sering mengiringi bacaan doa?
Hatiku tidak dapat merasai kenikmatan doa. Aku jadi takut. Pelbagai perkara bermain di fikiranku. "Ya Allah gelapnya hati hambaMu ini!". Hati meronta-ronta, lepaskanlah aku! Lepaskan aku daripada perasaan ini. Diri seakan-akan terasa sangat jauh daripada-Mu.
Hati manusia ibarat besi. Setiap dosa yang dilakukan akan melekatlah karat padanya. Tapi karat itu boleh di cuci dengan solat dan doa. Namun lama kelamaan jika karat itu tidak dibersihkan, akan semakin besarlah ia, dan semakin sukarlah untuk dibersihkan . Maka semakin hitam dan gelaplah hati kita. Ketika ini setiap dosa yang dilakukan tiada lagi dirasakan dosa bagi dirinya.
Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah. 
"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang". (Surah Al-Ra'd 13:28)
Ku ulang-ulang. Ku panggil-panggil nama-Mu. Ku sebut-sebut nama-Mu. Kembalikanlah aku semula. Usah Kau palingkan aku setelah Kau beri hidayah petunjuk-Mu. Aku ini lemah Ya Allah. Kau peganglah hatiku, tautkanlah hatiku di jalan ini. Aku ingin tenang dalam mencari keredhaan-Mu di setiap perjalanan hidup ini.
Allah.
Aku tersedar. Aku tersentap. Kenapa aku mahu jadi orang biasa-biasa? Kenapa tidak ingin menjadi yang lebih baik? Tidak berbuat dosa tidak bermakna aku sempurna. Tidak minum arak tidak bermakna aku terlepas dari melakukan dosa-dosa kecil. Sembahyang 5 waktu tidak bermakna aku sempurna.
Bagaimana dengan dosa-dosa kecil? Aku lalai. Aku lalai! Aku lalai Ya Allah! Terima kasih ya Allah kerana menyedarkan aku. Terima kasih atas hidayah-Mu. Ku panjatkan segala doa kepada-Mu.
"Zikir itu, penghias hati, tasbih menghias lidah. Beruntungnya hati bila masa menguasai, bermegahlah lidah, dengan ucapan sering memuji Allah SWT"
Wahai Tuhan yang Maha Mendengar, kepada siapa hamba mahu mengadu, sekiranya bukan kepada-Mu? Kepada siapa lagi hendak hamba menagih simpati, jika tidak kepada-Mu? Kepada siapa untuk hamba pinta kekuatan,  ketika seluruh daya seperti dicabut daripada tubuhku?
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Tegarkanlah, pasakkan jiwa ini untuk berada pada jalan-Mu untuk selamanya. Jangan sekali-kali Kau biar diri ini tandus dimamah kefuturan. Menjauh dari-Mu, meminggir dari-Mu dan melupakan-Mu. Kuatkan hati ini wahai Tuhan. Kerana tiada siapa tahu kehidupan hamba-Mu ini nanti akhirnya melainkan hanya Engkau. Amin ya Rabb.

Artikel : ILUVISLAM.COM

13 Disember 2011

Ku Bahagia

13 Disember 2011 - Selasa

setelah sekian lama xmengupdated tetiba rase cam nak update je rini sbb kepala hotak da jem & nampak bebintang dan segala planet berputar2x atas kepala ni hah..bila kepala hotak jem mulelah emo bagai..geram seyh ngn "orang" itu..xcukup ngn mata yang Allah kurniakan dia xpakai OTAK jugak..susah tol..aku sabar je..semoga Allah bersama ngn hambaNya yang sabar..

kekawan, rindu r nak hang out bersama..nak minum bersama..nak reunion bersama..apa kate lau kita wat reunion? dan diharapkan berjaya..aku rindu nak jumpe kekawan skolah..kekawan ILP..kekawan TATiUC..argh..rindunyer..harap sesape kawan yg bace blog ni ase dia kawan lama aku yang patut JUMPA..sila sms aku k..ni tidak..da tersasar ke Shah Alam tp lupe gak kat aku yg chomel ni..ades..

rindu nYERRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR

29 September 2011

+ cuti cuti chenta +

14 September 2011

Cuti - cuti CHENTA with Encik Suami ke Cameron Highland..hakikat pada awalnye kami nak batalkan percutiaan ini kerana emosi kureng stabil kerana, Encik Suami di posting ke Balai Polis Tasek Gelugor Penang..ades..KENAPA Penang??? WHY why WHY...apa pun x bley da..huhuhuhuhu..tetapi Encik Suami nak pergi gak bercuti sbb itu plan kami kan..so, teruskan jugep..dari Jeli - CH amik masa 1 jam..kami check in di Hotel Jasmine @ Brinchang..(bajet hotel jerk) namun selesa banget ~ ngeeeee...

nak bershopping ke hape ke mmg xde langsung dalam pale hotak..yg ada hanya la PENANG semata-mata..*pling* toink toink ~ sedang berehat sambil menonton drama di Astro Ria..kawan opis aku call..malas tol nak jawab sbb mmg xde mood..lelagi kawan opis lak menalipon..xkan nak nanye sal opis kot..aku kan ngah bercuti..da 2x dia kol aku xjawab dia masih kol itu menunjukkan panggilan tu urgent ~ so aku jawab je la..sekali soklan yg opismate aku nanye adalah "ko da tau ke laki ko posting mana? " nape la soklan tu yg ko harus tanye wahai syida..ades..

well, ada sinar di sebaliknya..hehehehehehe..hari lapor diri laki aku dapat IPK Selangor sebenornye..ades..sia2x mikir n xshopping bagai tyme kt CH tu ari..ades..tu la..layan sangat perasaan..Encik Mustazar Abdullah..kita g lagi sekali nak tak kat Cameron Highland??? qadar holiday yg xmenjadik tu ari???harus kot ~ ngeeee

mood ade ke xde ke..bergambo harus..































Majlis Tamat Latihan Encik Suami =)

08 September 2011 bersamaan hari Khamis..

wawawawawawa...sorry sbb baru nak hupdated sedangkan mende ni da lame da..Encik Suami pun da mula kerja da pom..maaf lew sbb bz giler sbb intake student sedang berlaku skang ni..agak kureng masa utk menelaah Blog ni..huahuahua..harap followers x melarikkan diri yew..ewwwwwwwww

well, Encik Suami telah tamat dengan jayanya Latihan Asas Konstabel siri 2/2011 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 8 september 2011.  Gembira x terkata lew sbb beliau da dapat bebas dari GUA DALAM BANDAR tuh..seronot kowt ~ namun sedih tuk ber[isah dengan kekawan beliau terselit gak seutas dua..susah nak nengok airmata jantan kuar beb..namun pada hari tu aku nengok sendirik ~ ngeeeee

malas nak naip bebanyak, kome ni mmg nak nengok gambo je kan? kan? kan?..so, aku upload lew gegambor tuk tatapan kome semua ye..

=)















kepada semua sahabat teman yang teman dan jumpe pada hari kejadian..teman nak kabo..teman rindu kome semua..bile lagi teman dapat jumpe kome semua ye??

2 September 2011

Riang Raya Pulapol KL

1 Syawal 1432H
Pulapol Jalan Semarak
Meraikan Aidilfitri bersama Encik Suami ~ Mustazar Abdullah

Selamat Hari Raya sayang..pergh..ayat jiwang da kuar..Maaf Zahir & Batin dr Abg..pergh..cair beb..huhuhu..sungguh sedih nengok dia..kurus cekeding..patotla suh aku masak memacam..suh wat rendang ayam, gulai ayam, puding koktel dan memacam lagi la..yg paling best, dia suh aku wat MiHun Goreng Basah..ades..sib baik jadik..

Cik Abg berbaju biru..sekali sama la ngn Mr K..baju biru jugak..ades..kami x beraya pun kat open house Mr K sbb da ramai sangat manusia kat situ..kami lepak king kat tepi padang kawad tu..lepak sesama Mak Habsah dan anak2x..semangat tol Encik Suami aku ni makan..pas satu2x suap kt mulut tu..hehehehe..gian nak makan sesedap kan..xpelah..da xlama da abg kat dalam sana..sabar ek..

suke tengok semua yg datang bawak makanan punyala banyak..da macam berkelah tepi pantai gaya sesorang..pelatih yg mana xde parents datang menumpang kasih bersama kami semua..apa ada hal kan..Raya utk semua..mende ada, kongsi2x lew..dr di buang begitu saje kan..hehehehehe..

so, ada beberapa gambar yg da di snap sepanjang beraya














Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin