28 Februari 2011

~Pej@m ceLik, CeLik peJ@m~

28/02/2011 ~monday Blues..

Wargh.....hari ni da hari terakhir untuk bulan Februari..
da genap sebulan my Encik Suami menjalani latihan di sana..

masih berbaki 5 bulan..pergh..sangat memeritkan nak menunggu hari berganti hari dan bulan berganti bulan...tambahan sekarang, Encik Public Phone yang aku war2x kan sebelum ni telah pun ditamatkan perkhidmatan beliau..Henfon xboleh bawak, Public da xboleh pakai..lagu mana lagi aku nak amik tau sal Encik Suami di sana??? ce..citer..ce citer..

Bukan senang nak menjalani hidup tanpa insan yang kita kasihi dan insan yang menjaga kita ni..parah jugak hidup nak berdikari sendiri..tp, kena cekalkan hati dan tenangkan jiwa serta kestabilan mental amat penting !!lau xstabil, xnormal aku ni..

Ingatan dan Rindu pada encik suami tak pernah kurang mahupun berubah..dalam setiap doa kudusku, aku selitkan sekeping doa buat dia...semoga Allah permudahkan segala urusan Encik Suami di sana...aku sangat rindukan dia Ya Allah..

25 Februari 2011

~Masa Untuk Berdikari...~

Pergh..lau baca entry tu..mesti korang pikir macam2x kan...kenapakah aku kata gitu??
xde pape pom...saje jer...tp ada la gak sesikit (sipi-sipi) tuh...

BERDIKARI lebih kepada maksud cam BERDIRI DI ATAS KAKI SENDIRI...@ lebih tepat, pape hal..ko wat sendiri dan jangan harapkan bantuan orang lain !! seyh !!

nape post aku kali ni nak berceritera tentang Encik Berdikari??
aku nekad dah..apa nak jadi pom jadi lah..aku nak DRIVE kereta sendiri..
aku takot sebenarnya nak drive di bandaraya yang agak sibuk neyh !!
tp aku akan cuba jugak..sampai bila nak tinggalkan kereta berhabok sampai cenggitu je kat car park kan??

tp tu la sal, aku ni penakot tahap gaban nak drive ke tempat kerja..al maklumlah, kawasan bukit bukau..pastu kereta Encik Suami lak, kereta bertransmision MANUAL..masyaAllah...tp, nak xnak aku kena gak memberanikan diri utuk drive..T nak g memana pom xperlu kolling pak supir !!!

drive di kawasan landai, xderk hal la bro, tp nak masuk UiTM ni aku takot..bukit2x kot..pastu sentiasa jem kat area bulit bukau neyh..mampos lau Encik Kereta ni terundur..mau lak keter kat belakang keter Prof ke, Dato' ke..ade ke giler aku !!!

Mengharapkan Encik Mustafa untuk menjadi cekgu ku untuk mentrain aku sampai aku berani bawak ke tempat kerja..tp bila yer ??

u oll pom sama ke cam aku memula dapat lesen jadi PENAKOT gini??

21 Februari 2011

~Cebisan Kenangan~

Cebisan Kenangan

ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga

meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku



sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengeal erti penat jemu
igatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari



bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah

14 Februari 2011

~kiSah aNtaRa aKu & diA~

Umm, lately ni ramai lak kawan2x aku tanya tentang kisah cinta aku dan Encik Suami..kenapakah??kerana Encik Suami ni hensem kah?? hahahahaha..konon cam leh wat Novel la plak kisah aku ni kot !!

Malas nak cakap byk, aku ase baik taip citer seringkas yg mungkin utk anda semua..hehehehehe
Kisah Cinta kami ni bermula dari Sekulah Menengah gitu..walaupun kami bukan satu sekulah tp, jodoh pertemuan itu kan Allah yang tentukan..

Masa tu aku baru je dapat pakai HF..korang pom tau kan..awal tahun 2000 kan semua sim kad mahal nak mampos..topup pom paling murah adalah nilai RM50..pergh..ikat perut beb nak bleh ke topup..My Encik Suami ni Mat MOTOR...di ulang..MAT MOTOR..bukan MAT REMPIT !!!dia dapat kenal ngn aku sbb masa lepak ngn geng2x motor..battalion ni telah berpakat nak dail number FON yg sama namun pangkal no hadapan yg berbeza..dalam ramai2x manusia, dia ajer yg terkena number sama !! kawan2x dia yg lain ndak dapat daaa...

so, bermula dr saat itu, kami berkawan dan terus berkawan...sampai lah aku sambung belajar amik DIP semua..tp, pd ms tu aku xfikir kami ni akan bercinta..aku kapel dengan beberapa org gak lah !!hahahahahaha..tp, pada tahun 2008, aku nekad nak terima dia...sebagai Chenta Hati aku..pergh..

tahun 2009 kami bertunang dan tahun 2010 kami kahwin..Alhamdulillah..Kaseh Sayang mengikat cinta kami..Abg adalah seorang SUAMI yg terbaik dan akan terus menjadi yang terbaik di HATI aku neyh..

Aku Cinta dan Rindu dia !! ~doNe


First Dating kami sebagai pasangan kekaseh !!


hadiah pertama dari Encik Suami masa kami bergelar kekaseh!!


Pertunangan KAMI


Aku Sayang, Cinta Dia


My Mom In Law


My Dad


Bersatunya kaseh antara kami..

13 Februari 2011

~Sedetik Lebih~

13 Feb 2011 - 08.00 pm

sementara menunggu buletin Utama..terfikir nak update blog aku ni..xsempat nak berhabuk nmpaknya..kenapa tajuk post kali ni "sedetik lebih"??mesti u all semua da tau..lagu tu kan single dari Anuar Zain utk Muvie Hikayat MerongMahawangsa..Lagu ni lirik dia sangat touching..aku suka lirik lagu ni..aku tujukan khas buat Encik Suami..


Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu



Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu



Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa



Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya



Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu



Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...



aku harap Encik Suami sihat2x sahaja di sana..(walaupun sekarang beliau demam + batok2x). aku doakan Abg sihat sentiasa..aku sayang kamu Encik Suami..sayang selalu !!!

~Rindu~

13 February 2011 - 09.30 am

sambil menonton chalparela, fikiran neyh melayang je..tipu if aku kata aku ni leh wat bodo je sekarang..aku sangat rindukan Encik Suami..semalam dapat kol daripada beliau..happy but sekejap je..Encik Suami mitak maaf sangat2x sbb dia xdpat nak kol aku da pasni..sbb dapat arahan xdapat guna public pula dlm ms terdekat neyh..hari tu da xdpt gi Mini Market, sekarang xleh pakai public pula..HF da xboleh bawak so, macam mana aku nak tau kondisi beliau sepanjang beliau berada di sana??

Kalau korang semua jadi aku, korang akan watpe?? aku dahla sensorang kat umah ni..keluarga aku semua di kg..kawan-kawan pula memasing ada hal tersendiri..so, pada siapa lagi aku nak luahkan perasaan ini?? nasib baik ada Azlan @ adik ipar aku yang byk membantu aku dalam mengharungi hari2x tanpa Encik Suami di sisi..

semalam ke Kuala Lumpur dengan Lan, betul kata my mom, kalau kita dapat tgk Bumbung tempt Encik Suami berteduh pun da dapat buat diri kita ni senang..mesti korang kata aku macam xbetol kan..da tau xdapat jumpa tp pergi gak kat sana kan??sbb aku nak kawal emosi aku..aku rindu sangat kat abg..

aku sangat rindukan Encik Suami, sangat rindukan dia..

9 Februari 2011

~Apa Khabarnya Pujaan Hatiku ?? ~

09/02/2011 ~ 07.30 am

Apa khabarnya Encik Suami ku di sana yer??
da 4 hari tidak mendengar khabar berita dari dia neyh..
Risau pun ada tp InsyaAllah, semua nya baik-baik belaka harapnya..

Mood masih xboleh tinggal seorang diri di rumah tu..kenangan Encik Suami ada di setiap sudut..
apa yang aku nak buat mesti wajah Encik Suami muncul..MASAK ??
buat masa ni aku MC dulu dr adegan memasak..kerana bila aku masak..aku akan teringatkan
Encik Suami..kerana apa yang aku masak itulah menjadi masakan kegemaranya..Susahkan !!

Terima kasih kepada Cuzzy dan sahabat yang sudi  menemani diri aku..
Nurbaya, Sadina, Hasliani dan Nad kerana kamu semua mmg cuzzy n BFF yang terbaeeeek !!
nnti ada masa free temankan aku agi ek..bukan pe, aku ni nak berkawan @ berteman supaya aku
down ngn emosi aku yang teramat merindui Encik Suami..

Bukan senang hidup berasingan macam aku neyh..kalau lah TELEFON BIMBIT tu boleh dibawa ke Pusat Latihan tu aku ase, aku akan lebih stabil emosi aku ni..tp apakan daya..peraturan perlu di patuhi..disiplin perlu dijaga..aku pula perlu tabah dalam pelbagai situasi..sib baik ada adik ipar yang memahami..

sob3x...sedihla plak bila nak taip entry ni..so, nanti aku ok aku taip lagi ek...

8 Februari 2011

~KenaPa beGini~

08/02/2011 ~ Selasa ~

Kenapa begini sekali dugaan buat aku??
di kala tiada sang suami di sisi sebagai tempat aku mengadu,
macam-macam hal yang menimpa diri aku ni..

Ya Allah, tabahkanlah hati aku ni..sesungguhnya aku tiada sesiapa lagi di sini selain DiriMu Ya Allah..
Ma dan Abah jauh dari aku, Suami pula menabur bakti untuk negara..Hanya Mu tempat aku mengadu...

7 Februari 2011

~rindu si Tomei pada Papanyer~

Tomei ni kucing kesayangan aku dan Encik Suami..
dijumpai di tepi jalan berhampiran 7Eleven di Seksyen 6..masa tu Hujan sedang mencurah..kami sangat kasihan lalu adopt her lah..Alhamdulillah sangat serasi..Tapi, selepas pemergian Encik Suami ke Pusat Latihan Polis..macam-macam lagak luar biasa beliau neyh..makan xlalu..Tido terlebih lena..macam da kurang aktif suda..

mana taknya, Encik Suami yang selalu men Polis Sentri dengan budak kecit ni..Kalau kucing pun boleh jadi gini di sebabkan papa nya berhijrah demi Agama, Bangsa dan Negara..apatah aku ni sebagai Puan Isteri..lagi giler rindu..

kat bawah ni ada beberapa gambar yang aku snap..kemonyokan terselah di wajah Tomei


mummy..leh x Omei tipon Papa ??
xboleh Omei, Papa mana bawak Henfon..


abes tu..camne nak cakap yg Omei indu Papa??
Nanti Papa kol pakai public, omei gitaulah kat Papa yer..


Mummy, Omei tido lu lah..baru cepat skit masa berlalu..cepat lagi Omei leh jumpa Papa


Omei nak mimpikan Papa tau


Mimpi yang indah ngn Papa


Yarh...Mummy, Omei da bangun...geliat jap


Mummy..Papa da balik??
Belom la Omei..papa gi 6 bulan la Omei..sekarang baru 7 hr..Omei tido baru 1 jam


hah !! lamanye papa tinggalkan Omei ngn Mummy..mesti Mummy windu papa kan?? Omei pom Indu gak..

~DeriTa meRindu 4~

07/02/2011 ~ Isnin ~ 11.00 am

Pagi ini memang mood untuk memulakan kerja langsung xada..kenapakah? iye, hari ini genap seminggu Encik Suami pergi menjalani latihan di Pulapol tu..semalam dapat meluahkan kerinduan hampir 15 minit..Iye, itukah panggilan paling lama yang aku terima dari Encik Suami..Ya allah, sesungguhnya aku amat merindui dia..sangat merindui..

Hari ini aku berpindah meja..so, dekorasi atas meja pon da berubah..aku letak frame gambar abg dan gmbar kami sebagai tanda aku xpernah lupa pada dia..dan tidak akan sekali-kali aku lupa..Aku dah penat menagis tp menangis itu sahaja cara yang boleh buat aku rasa lepas rindu aku ni..sungguh, aku amat rindukan dia..


bila teringat dan rindu hadir, aku xhenti2x berdoa supaya Allah permudahkan segala urusan abg..aku xtahu kondisi sebenar dia di sana..mmg setiap kali dia kol dia akan cakap "Ayg jangan bimbang, abg kat sini ok, sihat !!" tp aku ni mmg susah nak percaya sbb aku da kena sangat peel perangai Encik Suami saya ni..dia memang pandai menyembunyikan masalah dan perasaan dia sehingga kau sebagai Puan Isteri pun susah nak tau apa yang dia sedang fikirkan..Ya Allah, aku harap apa yang dia nyatakan tu benar belaka...

kawan-kawan da xreti nak nasihatkan aku camne da..mereka hanya mampu nyatakan SABAR FAD..semua akan baik-baik belaka..ini semua demi masa depan..dan ini juga jalan yang di pilih dan kita perlu redha..jangan menidakkan takdir fadiah..doa adalah jalan terbaik fadiah !!

dari mula abg lapor diri, aku ada buat satu buku catatan aku buat tatapan abg lepas dia keluar nanti (jika Allah masih bagi peluang bernafas lagi buat kami)



buku ini akan aku serahkan pada Encik Suami apabila di abg bila dia da abes rekrut..bukan apa, aku nak dia tahu apa aku buat sepanjang dia tiada di sisi aku ni..bagi org yang pernah berjauhan dengan suami dengan tiada bantuan komunikasi lain selain daripada Public Fon sahaja, mereka akan faham kondisi aku neyh..mesti faham  bagaiman tiada suami tiada di sisi dengan diri kita xtahu menahu status kehidupan mereka di sana..sangat memeritkan dugaan ini Ya Allah..


aku rindukan renungan matanya


aku rindukan belaian kasih darinya


aku rindukan dia..ye..aku rindukan dia..

kami juga punya impian tp masih belum tercapai..antaranya adalah :

memiliki cahayamata.. =)

*terpaksa bergambar ngn anak org lain ..amik aura ni..
kat bawah ni adalah gambar kami bersama baby Nurin Damia bt Nazri (anak kepada pasangan Nazri dan Ain) thanx kerana menerima kunjungan kami..






di harap, Allah makbulkan doa kami..InsyaAllah..
sesungguhnya..DEMI ALLAH aku amat merindui dia..Mustazar Abdullah




6 Februari 2011

~derIta MeriNdu 3~

hari ni baru 6 hari Encik Suami pergi rekrut tu..
hidup aku masih macam ni..merindu pada Encik Suami yang jauh dimata dan ditelinga tp tidak di hati..
aku rindu dia Ya Allah..sesungguhnya ini adalah dugaan buat kami dalam hidup sebagai Suami & Isteri..
dan inilah dugaan pertama buat kami..dugaan berjauhan memang benar2 buat aku cuba utk hidup berdikari..

Langkah pertama aku buat sebagai kezutan buat Encik Suami adalah menyetelkan Lesen Memandu bagi kelas D..yang ada sekarang hanyalah kelas B2..aku tanak kereta Encik Suami tersadai tanpa makna kat bawah tu..biarlah aku yang bawak nnti aku dah dapat lesen..tp, bukan senang nak dapatkan lesen neyh..parah jugak..

airmata ni masih mengalir bila aku nak tido..ingatan pada Encik Suami sangat tinggi..bagaimana aku nak harungi hidup aku sekiranya Encik Suami akan diposting ke tempat yang jauh dari aku pula? Ya Allah, aku mohon kepadaMu janganlah di duga kami dengan dugaan seperti itu ye..

esok akan mula bekerja seperti biasa setelah hampir 4 hari tidak kemana-mana..bukan tidak berpeluang utk keluar tetapi, aku tidak punyai keberanian yg tinggi utk jenjalan seorang diri di Bandaraya Shah Alam ini..nak g kerja pom teragak2x..Ya Allah, Lindungilah hambaMu ini dari sebarang kecelakaan yang tidak di ingini..

sesungguhnya, saat ini aku sangat rindukan Encik Suami..


Mustazar Abdullah...

4 Februari 2011

~Dalam Hati Ada Taman~

04 Februari 2011 jam 10.54 malam..

mood : masih merindui Encik Suami yang sedang menjalani latihan Polis di Pulapol Kuala Lumpur..Walaupun bunyi tempat tu agak berhampiran dengan tempat tinggal aku (lau naik keter lalu ikot federal dalam 1/2 jam da sampai)tp itu bukan masalah nya..yang menjadi masalah buat aku adalah, dalam tempoh 3 bulan pertama memang para pelatih tidak dibenarkan keluar dan menerima pelawat..Henfon xleh bawak dan hanyalah di bekalkan PUBLIC PHONE dalam berek tuh..

Anda semua BAYANGKANLAH..kalau dalam satu berek tu di tempatkan 100 orang pelatih dan public pula hanya ada 2..memang goreng pisang panaslah jawabnya Encik Public Fon tuh..apatah lagi, sekiranya kita dah menggadai masa dengan menyerahkan kaki utk berdiri lama bagi menunggu giliran pula, tetiba sampai giliran kita mula tertera perkataan ini di skrin "Panggilan Kecemasan Sahaja"..x ke panas hati dn ase nak lakukan vandalisme terhadap benda tu???

aku da xtahu camne aku nak cuba tahan rindu aku ni..airmata xpayah cakap, sentiasa mengalir pabila datang teringat pada Encik Suami..yerla, sebelum ni xpernah berjauhan kan..aku gi induksi 2 minggu pun hari2x cuba SMS, Call dan Video Call..at least dengan berbuat demikian aku ase beliau dekat dengan aku dan life macam biasa la kan..tp sekarang, aku hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkan perjalanan Encik Suami di sana..

Tiap kali Henfon aku berbunyi mendendangkan lagu Hijau Daun - Suara (ku berharap)..aku da xtentu arah..tambahan aku sentiasa menanti panggilan dari Encik Suami kan..bila nengok nama tertera bukan seperti yg diinginkan, terasa sayu hati aku..bila tertera no asing dan xpernah aku ketahui..hati berbunga riang..(tp berbunga la sekiranya panggilan tersebut memang dari Encik Suami)..cakap xsampai satu minit buatkan aku lebih sayu hati..mana tanknya, panggilan dari Encik Suami pasti putus sebegitu sahaja..kami sentiasa tidak sempat nak ucapkan Salam Sayang ke hape..(Encik Talian Public, lain kali bagila warning dulu before memutuskan talian kami)..

Aku mengharapkan, hari esok memberi 1001 keindahan buat aku dalam menjalani hidup tanpa insan bergelar Suami di sisi aku selama 6 Bulan ni..ini semua dugaan dari Allah swt buat aku dan Encik Suami dalam kehidupan berumahtangga..Tiada satu dugaan itu yang tiada hikmah dari Allah..semua ini ada hikmah disebalinya yang kita xtahu..tp betul kata sahabat, untuk kesenangan hari mendatang kita perlu berkorban hari sekarang..

semoga sahabat yang sudi membaca blog ni xboring yer..harap dapat membantu saya menharungi liku2x kehidupan duniawi dengan tabah..Doa kalian pengubat hidup ini..Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati yang penuh dengan taman ini disertai dengan lampu kelip-kelip..(macam i-city la plop) ngeh3x..

Selamat Malam..Tidurlah Sayangku..
Siangkan Tiba Bercahaya
Bermula Bangun Semua Untuk Ku...

2 Februari 2011

~derIta MeriNdu 2~

Siyes..
sesunyi keadaan membuat emosi aku terganggu..
perasaan membuak nak tahu keadaan Encik Suami di sana semakin menjadi-jadi..
adik aku jadi mangsa tempat aku luah perasaan..

tiada teman di kala sunyi kini memang benar2x mencabar emosi aku..siyes..airmata xhenti mengalir kot sepanjang menaip blog nih..di iringi lak lagu Suara (Hijau Daun) ni..aku rindu dia..Siyes..RINDU dia !!

~dEritA mErindu~

02/02/11 - 6.30 pagi..

umm, bangun pagi..gosok gigi !!! ambik wuduk solat subuh...berdoa kepada Allah bagi memanjat syukur yang aku masih di beri peluang untuk bernafas lagi atas dunia ciptaanMu ini..Terima Kasih Ya Allah !!

Sedang bersiap2x untuk ke tempat kerja..melihat si mucuk aku, Tomei sedang memeluk baju abg aku @ papa dia..oh sayang, ko pun rindu pada dia yer? memang lepas abg aku lapor diri, beliau kelihatan sangat MONYOK !!

mana tidaknya, abg aku lah asyik melayan karenah dia (bukan aku xlayan okeyh tp abg aku ni layan lebih dari aku) dats Y beliau amat terasa kehilangan kot..da xde orang nak bermain cikucak di balik langsir, da xder orang nak bermain polis sentri lagi..huhuhuhu..Tomei, nnti kita memain bersama yer..dun sad2x anymore darlim !!

kalau kucing pom ada perasaan macam tu, aku apa tah lagi kan ? setiap malam sebelum masuk tido mesti menanges punya..huhuhuhuhu...Ya Allah, tabahkanlah hati aku..Encik Suami tu pergi demi masa depan kami semua !! Kau permudahkan segala perjalanan Encik Suami di sana yer..Amin !!

aku xnak upload gegambar tomei yang sedang derita merindu tu..sbb nnti aku lak keep touching kat sini..xmau lah !! basah lak meja opis aku nnti neyh !! Esok da Happy Chinese New Year...4 hari cuti akan di isi dengan aktiviti berfaedah..FAEDAH ? apa yer? mendalami ilmu agama yang masih xcelik ni pun bagus..InsyaAllah, sesuatu yang baik untuk dilakukan Allah akan permudahkan perjalanannya..Amin..

SUARA...dengarkanlah aku...
Apa Khabarnya Pujaan Hatiku..
Aku Di sini menunggunya...

Suara Dengarkanlah aku..
apakah aku selalu di hati nya..

InsyaAllah..

p/s : semalam dapat melepaskan rindu dengan Encik Suami kerana beliau telah mengambil kesempatan yang ada untuk menghubungi aku neyh..wei, aku menanges kat luar pejabat tuh (waktu lunch hour so tiada orang)..menanges semahunya..melepaskan segala derita merindu neyh.. uhuk3x

menunggu tempoh 3 bulan untuk bersua muka merupakan satu tempoh yang sangat menyiksakan...benarlah kata pepatah...PENANTIAN SATU PENYEKSAAN !! enough

1 Februari 2011

~aPa nak jadi ngaN aku Neyh !!

1 Feb 2011 - Selasa bersamaan jam 6.45 pm..

ape la nak jadi ngn aku neyh..Encik suami baru pergi sehari, life aku da carca marba dah !! serba x kena lah apa yang aku wat ari ni..Asyik ingat dia sahaja..apa khabar anda disana yer??

tp, yang paling best adalah pabila aku xsedar yang tank minyak kapcai aku dah capai tahap nazak..aku bawak juga beliau menyusuri Jalanraya menuju ke Pasaraya GIANT di seksyen 7..kenapakah aku xtahu tank kapcai aku da nazak?? sbb meter minyak tu da jahanam..tu pasal aku xsedar yang tank tu dah empty !!

erk, yg best nye..motor aku mampos di kala sedang mendaki bukit..aduiya..malu tahap gaban pon ada !!tp aku campak tepi perasaan malu aku tuh, aku perlu selamatkan keadaan b4 maghrib..takot der..janganlah terlalu berani wahai WANITA..zaman sekarang da xsenormal dulu lagik !! wajah yg innocent jgn di sangka baik malah lebih dahsyat kejahatannya !!! (pesanan khidmat masyarakat !!)

apa lagi, menapak aku dengan menolak motor tu sampai ke puncak bukit..dan aku naik motor tu utk turun bukit lak...masa kat traffic light, sib baik ijau..terus jerla..mesti orh herankan, mana taknya, motor gerak tp enjin xbunyi..ha..kalah muto Gilera kot..smooth gilet tu..wakawaka !!

sib baik lah beliau mampos xjauh ngn stesen myk..isi minyak full tank RM 6..wah !!! minyak sekarang sangat mahal..dulu tank kapcai ni RM4 da penuh, RM5 nak limpah..sekarang RM6 pun sipi2x nak penuh !!aduiya, sabar-sabar..dugaan dunia je ni..lau kita bersabar InsyaAllah ada jalan buat kita !!

pas isi minyak, niat di hati nak beli burger Otai tapi sedeyh dowh, beliau x berniaga hari ini..jadi jalan selamat, balik umah n main cikucak bersama tomei..Alhamdulillah..selamat sampai jua aku ke Villa Seksyen 6 neyh..

wahai Puan Fadiah, pasni tolong la alert ye minyak motor tu..lau beliau insan bernyawa senang je, beliau akan warning anda bahawa beliau telah dahaga !!

pesanan dari ku , Cek dulu sebelum ke mana2x k...

~ wink ;p