7 Februari 2011

~DeriTa meRindu 4~

07/02/2011 ~ Isnin ~ 11.00 am

Pagi ini memang mood untuk memulakan kerja langsung xada..kenapakah? iye, hari ini genap seminggu Encik Suami pergi menjalani latihan di Pulapol tu..semalam dapat meluahkan kerinduan hampir 15 minit..Iye, itukah panggilan paling lama yang aku terima dari Encik Suami..Ya allah, sesungguhnya aku amat merindui dia..sangat merindui..

Hari ini aku berpindah meja..so, dekorasi atas meja pon da berubah..aku letak frame gambar abg dan gmbar kami sebagai tanda aku xpernah lupa pada dia..dan tidak akan sekali-kali aku lupa..Aku dah penat menagis tp menangis itu sahaja cara yang boleh buat aku rasa lepas rindu aku ni..sungguh, aku amat rindukan dia..


bila teringat dan rindu hadir, aku xhenti2x berdoa supaya Allah permudahkan segala urusan abg..aku xtahu kondisi sebenar dia di sana..mmg setiap kali dia kol dia akan cakap "Ayg jangan bimbang, abg kat sini ok, sihat !!" tp aku ni mmg susah nak percaya sbb aku da kena sangat peel perangai Encik Suami saya ni..dia memang pandai menyembunyikan masalah dan perasaan dia sehingga kau sebagai Puan Isteri pun susah nak tau apa yang dia sedang fikirkan..Ya Allah, aku harap apa yang dia nyatakan tu benar belaka...

kawan-kawan da xreti nak nasihatkan aku camne da..mereka hanya mampu nyatakan SABAR FAD..semua akan baik-baik belaka..ini semua demi masa depan..dan ini juga jalan yang di pilih dan kita perlu redha..jangan menidakkan takdir fadiah..doa adalah jalan terbaik fadiah !!

dari mula abg lapor diri, aku ada buat satu buku catatan aku buat tatapan abg lepas dia keluar nanti (jika Allah masih bagi peluang bernafas lagi buat kami)



buku ini akan aku serahkan pada Encik Suami apabila di abg bila dia da abes rekrut..bukan apa, aku nak dia tahu apa aku buat sepanjang dia tiada di sisi aku ni..bagi org yang pernah berjauhan dengan suami dengan tiada bantuan komunikasi lain selain daripada Public Fon sahaja, mereka akan faham kondisi aku neyh..mesti faham  bagaiman tiada suami tiada di sisi dengan diri kita xtahu menahu status kehidupan mereka di sana..sangat memeritkan dugaan ini Ya Allah..


aku rindukan renungan matanya


aku rindukan belaian kasih darinya


aku rindukan dia..ye..aku rindukan dia..

kami juga punya impian tp masih belum tercapai..antaranya adalah :

memiliki cahayamata.. =)

*terpaksa bergambar ngn anak org lain ..amik aura ni..
kat bawah ni adalah gambar kami bersama baby Nurin Damia bt Nazri (anak kepada pasangan Nazri dan Ain) thanx kerana menerima kunjungan kami..






di harap, Allah makbulkan doa kami..InsyaAllah..
sesungguhnya..DEMI ALLAH aku amat merindui dia..Mustazar Abdullah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen sana Komen sini