4 Februari 2011

~Dalam Hati Ada Taman~

04 Februari 2011 jam 10.54 malam..

mood : masih merindui Encik Suami yang sedang menjalani latihan Polis di Pulapol Kuala Lumpur..Walaupun bunyi tempat tu agak berhampiran dengan tempat tinggal aku (lau naik keter lalu ikot federal dalam 1/2 jam da sampai)tp itu bukan masalah nya..yang menjadi masalah buat aku adalah, dalam tempoh 3 bulan pertama memang para pelatih tidak dibenarkan keluar dan menerima pelawat..Henfon xleh bawak dan hanyalah di bekalkan PUBLIC PHONE dalam berek tuh..

Anda semua BAYANGKANLAH..kalau dalam satu berek tu di tempatkan 100 orang pelatih dan public pula hanya ada 2..memang goreng pisang panaslah jawabnya Encik Public Fon tuh..apatah lagi, sekiranya kita dah menggadai masa dengan menyerahkan kaki utk berdiri lama bagi menunggu giliran pula, tetiba sampai giliran kita mula tertera perkataan ini di skrin "Panggilan Kecemasan Sahaja"..x ke panas hati dn ase nak lakukan vandalisme terhadap benda tu???

aku da xtahu camne aku nak cuba tahan rindu aku ni..airmata xpayah cakap, sentiasa mengalir pabila datang teringat pada Encik Suami..yerla, sebelum ni xpernah berjauhan kan..aku gi induksi 2 minggu pun hari2x cuba SMS, Call dan Video Call..at least dengan berbuat demikian aku ase beliau dekat dengan aku dan life macam biasa la kan..tp sekarang, aku hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkan perjalanan Encik Suami di sana..

Tiap kali Henfon aku berbunyi mendendangkan lagu Hijau Daun - Suara (ku berharap)..aku da xtentu arah..tambahan aku sentiasa menanti panggilan dari Encik Suami kan..bila nengok nama tertera bukan seperti yg diinginkan, terasa sayu hati aku..bila tertera no asing dan xpernah aku ketahui..hati berbunga riang..(tp berbunga la sekiranya panggilan tersebut memang dari Encik Suami)..cakap xsampai satu minit buatkan aku lebih sayu hati..mana tanknya, panggilan dari Encik Suami pasti putus sebegitu sahaja..kami sentiasa tidak sempat nak ucapkan Salam Sayang ke hape..(Encik Talian Public, lain kali bagila warning dulu before memutuskan talian kami)..

Aku mengharapkan, hari esok memberi 1001 keindahan buat aku dalam menjalani hidup tanpa insan bergelar Suami di sisi aku selama 6 Bulan ni..ini semua dugaan dari Allah swt buat aku dan Encik Suami dalam kehidupan berumahtangga..Tiada satu dugaan itu yang tiada hikmah dari Allah..semua ini ada hikmah disebalinya yang kita xtahu..tp betul kata sahabat, untuk kesenangan hari mendatang kita perlu berkorban hari sekarang..

semoga sahabat yang sudi membaca blog ni xboring yer..harap dapat membantu saya menharungi liku2x kehidupan duniawi dengan tabah..Doa kalian pengubat hidup ini..Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati yang penuh dengan taman ini disertai dengan lampu kelip-kelip..(macam i-city la plop) ngeh3x..

Selamat Malam..Tidurlah Sayangku..
Siangkan Tiba Bercahaya
Bermula Bangun Semua Untuk Ku...

1 ulasan:

  1. sabo ye babe...aku pham sgt prasaan ko tuh...insyaallah smuenye akan jd spt sediakale...doakan public phone slalu dlm keadaan sihat walafiat..~mizjumashaari~

    BalasPadam

Komen sana Komen sini