22 Disember 2010

~pergi nya mereka tidak kembali lagi~

Innalillah...
itu sahaja ungkapan yang mampu kita kuarkan dr bibir ni jika kita kehilangan insan tersayang @ insan terdekat dengan kita dgn iringan airmata..begitu juga dengan aku..Hj Ismail Awang @ Toklek (atok kesayangan aku)telah di jemput Allah pada 3 Ogos 2010..kehilangan nya sangat di rasai kerana beliau adalah insan yang menjaga aku dari kecil hingga aku berjaya menjadi seorang manusia yang agak bertamadun!!

kenangan bersama arwah tidak akan di lupakan selagi hayat masih di kandung badan..Masa kecik2x dulu, arwah selalu bawa aku ke Surau Hj Mat Kerinchi kat Kg Tanjong, Kuala Terengganu..Surau tu adalah amanah org kg supaya arwah menjaga surau tersebut dari segi kebersihan dan kebajikan!!aku akan bantu arwah mengemas sejadah, susun al-Quran, lipat telekong dan tidak lupa, cuci toilet!!walaupom pada mulanya aku ni jens yg sangat pemalas, tp lelama aku enjoy!!


gambar ni gambar terakhir aku ngn kak long aku sambut birthday dia!!



ni masa arwah sakit, to dia masih mampu tersenyum!!gambar ni 2 minggu sebelum arwah pergi tinggalkan kami semua!!



antara kenangan bersama arwah, di Muzium Losong..Tokdhe tu nenet aku


dan, inilah gambar yang paling aku sayang, walaupun kelihatan seperti tiada makna tp bg aku, gambar ni sgt bermakna sbb atok aku sanggup posing ala2 model perodua!!aku la yg mitak dia pose ngn aku tuh..


arwah seorang yang baik, penyayang, hensem jugak!!!arwah xpernah nak hampakan anak2x, cucu dan cicit nye..apa yg di minta akan cuba dituruti!!mmg arwah atok yg baik!!sangat baik!!


begitu jua ngn kedua-dua nenek aku..Hjh Dayang Ahmad dan Hasnah Jaffar..mereka juga sama macam toklek, pergi menghadap illahi..namu mereka terlebih awal pergi sebelum toklek!!aku rindu mereka!!


sambutan raya di Kuala Terengganu bersama arwah Toklek & Tokmie
(aku masih budak2x agi tu)


Hjh Dayang Ahmad


Hasnah Jaffar


Dalam aku mengingati mereka, sahabat aku pula pergi tinggalkan kami semua..Ahmad Zulfadli a.k.a Pali..semga kau aman di SANA!!!

Semoga Allah menempatkan mereka semua di sisi hambaNya yang soleh&solehah!!nbsp;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen sana Komen sini