18 Januari 2011

~ Awan Nano ~


Lirik dan Melodi lagu ini amat menyentuh perasaan.
tambahan lagi bila di dengar dan dilihat bersama klip video nya.. sangat menyentuh perasaan..

ia menceritakan tentang kasih sayang seorang ayah kepada anaknya..
sanggup bersusah payah demi anak walaupon anaknya agak kurang ajar..mungkin kerana kesempitan hidup buat anaknya jadi begitu..

namun, berlaku satu perubahan dalam hidup anaknya..
sila tonton dan hayati lah..

hargai lah Ibu & Bapa kita selagi mereka masih di beri nafas oleh Allah swt.

Ma n Abah..Angah sangat sayang kan ma dan abah!!!





credit to Hafiz ~
lirik Lagu Awan Nano


Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

lagu ini saya tujukan juga buat semua ibu bapa di dunia ni...


2 ulasan:

  1. huhu..so touching.......dya...slm rindu...tcre..i follow u.....kunjunglh ke rmh ku..:-)

    BalasPadam
  2. salam kak z..
    da tgk ke klip V tu?
    ye, lagu ni sangat touching..
    selagi ibu bapa kita masih hidup, hargailah jasa mereka!!!kim salam Pak Uda & Mak Uda!!!

    BalasPadam

Komen sana Komen sini