30 Januari 2014

BUKAN KERANA AKU TAK CINTA ...



sinopsis :
JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya ..

REVIEW dari MYB from Konti Seksyen 6 .. miahahahaha

well... aku rasa ramai yang menonton dan termenonton drama adaptasi karya E-Man Sufi ni [ Bukan Kerana Aku Tak Cinta] -------->


macam aku lah .. aku termenonton lalu aku aku ter'jebat' ... eh eh typo terjebak ngan drama ni kerana aku suka (terlalu suke ekceli) watak yang Sharnaaz Ahmad bawak iaitu watak JEBAT (bukan Hang Jebat) .. Sharnaaz mmg best dalam drama ni..tetibew aku jadik terminat plak kat Sharnaaz Ahmad ni ..


tetibe xsabar nak tunggu hari senin - rabu setiap jam 10.00 malam sebab nak nonton drama ni (padahal astro main ulang-ulang je pun) tp di sebabkan kegilaan mmg kejar jugak nak tgk .. hahahahaha .. xpasai-pasai hubby i terjebak sama jugak .. dia pun boleh bantai gelak dengan watak Abang Jebat neyh .. Owh Man ..


dan Novel tu dah jadi milik aku bersamaan dengan hadiah Hari Lahir buat diri sendiri .. hihihi ..
kepada yang rasa nak terjebak jgk nontonlah ~ pasti anda xterasa bosan sbb JEBAT mmg terbaekkkkkkkk ~ thumbs up to Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose ~




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen sana Komen sini