30 Januari 2014

Januari 2014


Assalamualaikum pembaca blog daku sekalian alam..

sangat lama tidak menaip malah tidak mengupdate sesuatu kat sini.. last 2012 kot .. so dalam erti kata lain 2013 aku xwat catatan pape pun kat blog ini .. miahahahahaha.. ntah apa yang aku sibuk sangat pun aku tara tau.. hikhik...

sempena tahun 2014 ni aku berhajat nak aktif balik membuat catatan kat dalam blog ni.. hahahaha .. bukan azam tau .. hajat je.. karang azam xjadik korang kate aku azam saje lebey tp xbuat gak .. hahahahaha

sempena tahun 2014 ni yang pastinya bermula pada bulan Januari .. yang paling hangat nak habaq ni Januari lah besdei aku .. aku dilahirkan pada 12 Januari 1985 (so kepada sesape nak bagi hadiah pada aku masih sempat lagi nih)

hadiah aku dapat from lovely hubby adalah percutian ke Pulau Pinang .. yeay ~ dia ajak bercuti kat sana sesambil release tension..kami gerak ke Pulau Pinang dari Shah Alam pada 10 Januari 2014 (malam) dan check in Merlin Hotel kat Lebuh Penang pada 11 Januari 2014.  memang best dapat ke Penang with dia sbb dia xpernah sampai lagi Penang.  dapat rasa naik Jambatan Pulau Pinang da buat dia terkagum.. hahahahaha

beberapa fotogenik kami persembahkan sepanjang percutian kami (bajet macam g bercuti sebulan padahal sehari je) untuk tatapan korang yang buang masa baca blog aku ni.. hikhik

Selamat Hari Lahir buat diriku Sendiri .. hahahaha... gambar ni di ambil semasa sambuta hari lahir semua kakitangan Kolej Seroja .. hihihihi

semua gambar amik sendiri2x jer .. yang gambo sesorang tu sbb gilir-gilir ~ miahahahaha













gambar kat bawah ni plak gambar perjalanan pulang kami ke Jeli Kota Bharu melalui Grik (lebuhraya Timur Barat) .. kami berenti kat Puncak Titiwangsa (giler sejuk) ..






so perjalanan balik aku tu Hari Lahir aku .. hahahahaha..

bermalam di Kota Bharu sebelum memulakan perjalanan balik Jeli sebelum pulang ke Shah Alam..
tp apa yang berlaku tidak di duga pada 13 Januari tu.. urrmmm

" Kejadian ragut bersenjatakan parang baru saja menimpa ibu saya di perkarangan rumah sebentar tadi. Mohon kerjasama sahabat semua jika terjumpa atau terserempak dengan dua penyangak berkereta VIVA PUTIH plat DCF 8462 di sekitar Wakaf Mek Zainab sila laporkan atau tangkap dan bawa ke balai polis. Mohon sebarkan. Terima kasih."


ini aku petik dari status FB kak long aku .. itu la yang xterduga berlaku kat Mama aku ...


Alhamdulillah mama aku selamat walaupun agak teruk kena belasah dek mangkok hayun 2 ekor tuh .. grrrr
kalo aku dapat mamat Haram J**** tu mmg aku sepak terajang dekat dia punya 'telor' dulu.. ceiss....

so, kepada semua kekawan .. silalah berhati-hati walau di mana jua anda berada walaupun depan umah sekalipun .. KEJAHATAN dan KESYAITONAN berada di mana-mana ..

sekian dulu untuk catatan pertama bagi tahun 2014.

hugs hugs





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen sana Komen sini