27 Mei 2011

~Nur Kasih The Movie~

26/05/2011 ~ Jusco Bukit Raja
9.45 pm ~tiket book by Masrul Farihan a.k.a Kak Maro



sesape da layan Nur Kasih The Movie xperlulah kot nak review blog sy sal citer ni..sbb review sy ni bg mereka yang lom tengok (hanya tgk trailer kat TV je)..hehehehehehe..Tujuan sy nak review this movie adalah suntuk berkongsi dengan anda semua mengenai kisah CINTA antara ADAM & NUR AMINA..

1st, sy nak ucapkan TAHNIAH kepada PELAKON UTAMA movie ni iaitu REMY ISHAK & TIZ ZAQYAH..(tp ucapan tahniah aku di lebihkan kepada Encik Remy Ishak)..Lakonan Remy Ishak dalam filem ini benar-benar memberi kesan kepada sy sebagai Penonton..(tak taulah memberi kesan ke tidak pada sahabat saya ..Kak Masrul Farihan, Uzaireen, Qistie dan Ella)..tp yg pasti, bg sy ia smpai ke ulu hati sy ni sehingga sy terasa sebak sangat..(mungkin juga sy sebak sebab kesetiaan Encik Adam tu mencerminkan Kesetiaan Encik Suami sy)..~kata Abil, my hensem cousin, Encik Remy Ishak mempunyai wajah sipi-sipi cam Encik suami aku..benarkah??

ok..ngomelan seterusnya ~ cerita ini adalah kesinambungan Drama Nur Kasih yang di siarkan di TV3 pada tahun lepas kot..(xsure lah sebab sy xpernah pun menonton drama tersebut)..di sebabkan sy langsung tidak pernah menonton drama tersebut jadik sy tidak tahu jalan cerita asal cerita ini..dan sy jugak tidak mengenali siapakah ADAM, NUR AMINA dan AIDIL..cuma sy tahu, yg berlakon adalah Tiz Zaqyah, Remy Ishak & Fizz Fairuzz..ngef3x..

beberapa scene dalam Filem ini

mendengar sahabat FB mengupdated sal kesedihan serta kesayuaan cerita ni, terdetik ati sy utk mengoffer diri g menonton filem ni..ada kengkawan suh bawak tisu (konon akan mengalirkan airmatalah)-sy bawak sapu tangan yang mana sy pernah lap airmata masa g hntar Encik suami sy..-syahdu gilew !!

dari pengamatan sy sepanjang menonton filem ini, jalan cerita nya ok tp agak bercelaru skit..tp, sy nak komen sal dialog @ skrip la sepatah 2 kata..ada sesetengah skrip tu, macam xlogik jer..1.masa En Adam kena tahan wad kerana masalah kegagalan jantung, Mak dia nangis2x kata - kamu masih muda mengapa kamu yang harus pergi dulu?? tanda soal nya, siapa yg pergi sedangkan Adam masih bernyawa atas bed tu !! ~erk  2.masa Adam masih di bed dan menerima kunjungan mamat yg menuntut ilmu denganya -Kenapa orang yg baik harus pergi dulu?? aik..kompius lagi..lau sy jadik Adam - sentap hati mak ni nyah..kenapa dialog gini harus di perkatakan sedangkan, Adam masih bernyawa...-

walau apa pun kekurangan @ kelebihan cerita ini, sy menyambut baik jalan cerita yang dipaparkan..Kesetiaan seorang suami terhadap Isteri yang sangat di kasihi harus di puji..kasih sayang yang dilahirkan memupuk kasih abadi..tiada siapa yang tidak ingin di cintai dan disayangi..

kepada yang masih terfikir-fikir nak g tengok ke tanak tengok, saya cadangkan..pergilah menonton kerana, nilai yang di terap dalam filem ini yang mana nilai sayang Allah, redha dengan Ujian Allah harus kita amalkan.semoga sy mampu menjadi wanita setabah Nur Amina dan Suami sy pula menjadi sebaik dan setia seperti Adam..~Amin~


Kasih Sayang Adam menjadi kan Encik Remy Ishak di gilai Ramai WANITA !!
(ada rupa Encik Suami sy kah?)


Nur Amina - Tiz Zaqyah melonjak naik kerana watak Nur Amina


Tonggak Utama Filem ini
(aku suka dak Ilyas-BAJU MERAH tu- chumell sangat)


Aku suka dak chumell dua org ni



tetiba teringat kak Encik Suami


~SEKIAN~

20 Mei 2011

~dedicated LAGU KITA buat Abg~

20/05/2011
Jumaat - sangat LONELY

tertouching bila dengar lagu ni dalam kereta bebaru ni..lagu ni sangat menyentuh perasaan aku..apa yg Aizat yg cuba sampaikan dalam lagu ini sama dengan apa yang aku nak sampaikan RINDU pada Encik Suami yang masih di PULAPOL..

aku tau, lau aku tujukan lagu ni kat sini pun, hanya korang yg baca blog ni je dengar - sepert yg Aizat kata lah...-walau berjuta mendengar, lagu ini hanyalah untukmu- yes, lagu ini saya tujukan khas untuk awk Encik Mustazar Abdullah..hanya untuk kamu..(nnti abg da terlepas dr Gua tu, org nak abg dengar jugak lagu ni)

Well, lagi wat aku tertouching adalah kerana saat aku taip ni, aku sedang DEMAM..OMG..ye, DEMAM..demam keseorangan di rumah wat aku sentiasa mengalirkan airmata..mana tak nya, nobody concern !! lau dia ada mmg dia adalah manusia yg paling kalut n worried..owh, aku sangat rindukan saat itu..Sungguh..amat rindukan dia.. T T..

thanx kepada sahabat2x adeno Family yg sangat2x concern..walaupun kita xpernah bersua (kecuali Ucu Zura)sy amat terasa yg u all semua baik2x belaka..kamulah family saya (sbb kita senasib kan)uhuk2x (batok mak nenek)

kepada sahabat yang mana yang tersayang adalah PIT, harap bersabar menunggu tika dan masa utk bersua muka yer..kami doakan yg u all dapat jumpa nnti..

thanx to my Auntie, Maklang yg bawak saya jalan2x pada hari Wesak bebaru ni..thanx to cousin yg chumell2 dan hensem ~ Nabeel, Nadrah, Marjana & Ishraf..thanx sangat2x..

umm, k la..babai T T

11 Mei 2011

~Muhasabah Cintaku~

11/05/2011 bersamaan dengan 7 Jamadilakhir 1432H
11.30 am
~sambil iringan lagu Opick - Taubat ~

Taubat

Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hilang terumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa hitam di jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkau
Sang maha pengampun dosa

Ya robbi, izinkanlah aku
kembali kepadamu
Meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambaMu

Berikanlah aku 
kesempatan waktu
aku ingin kembali..
kembali.........

dan meski aku tak layak
sejud padamu
dan sungguh tak layak...aku


Umm, aku sangat syahdu dengar melodi dan lirik lagu ni..betol-betol menyentuh sanubari aku, Ya Allah...aku teramat merindui Nur HidayahMu..sinar RahmatMu..semoga di beri keberkatan 

8 Mei 2011

1/2 jam Bersama Encik Suami

08 May 2011
11.00 tengahari
Dewan Pengaman, Pulapol KL

hari ini, pelatih Konstabel di benarkan menerima pelawat..dan aku antara orang yang sangat teruja nak jumpa Encik Suami yang hampir sebulan beberapa hari aku xmelihat wajahnya, xmendengar suaranya dan xmendengar kabar berita darinya..selepas beliau balik dari bercuti selama 2 minggu hari itu, inilah peluang utk aku jumpa, peluk dan cium dia setelah sekian lama..aku dah xtahan nak derita merindu lagi..saat aku taip citer sal dia lam blog ni pun aku tersebak2x ni..xtahan menahan kesedihan !! huhuhuhu

1st thing aku nak story sal hari melawat Encik Suami ni..kenapa tajok entri aku 1/2 jam bersama Encik Suami??ye, aku hanya dapat bermesra alam dengan Encik Suami hanya 1/2 JAM sahaja...huhuhuhuhu..sangat menyedihkan jiwa dan raga..huhuhuhuhu..pape pun aku bersyukur dapat peluang jumpa..Semoga minggu depan masih ada peluang untuk aku jumpa Encik Suami lagi..Ya Allah, beri kami peluang jumpa lagi yer..Amin..

tp, kat sini aku nak mengadu domba jugaklah sal pengurusan di sana..huhuhu..bukan nak kondem tp untuk penambahbaikkan utk masa hadapan..sebab pada pendapat aku, lau gitu gayanya, mmg PDRM xleh pakai pendekatan MESRA, cekap dan betol..XMESRA pun..taulah nak tunjuk kome semua TEGAS tp kami ni ibarat pelawat melawat PDRM tidakkah pendekatan MESRA itu perlu di utamakan??

memula sampai kat Pusat Latihan yang gah dengan nama PULAPOL ni, kami di sambut baik punya dari gate utama..aku tabik spring la pada anggota yang jaga gate sbb mmg mesra tahap gaban lah..tp, bila sampai je kat area nak jumpa pelatih..aku tak tau nak tuju mana..ada beberapa anggota yang bertugas di area situ tp xde sorang pun yang menegur kami..jadi, kami ibarat pandai2lah cari jalan sendiri..nampak satu table kosong lalu aku ngn adik aku lepak di meja itu..

hampir setengah jam melepak terasa janggal pula sbb abg xmuncul2x..kata kul 10 dapat jumpa tp ni da 10.30 pg..setengah jam dah di buang begitu sahaja..sangat membazir..at last, ada seorang uncle ni tegur kitorg..agaknya dia pelik kot tgk aku da macam apa dok tersengih2x kat situ..lalu dia bertanya, nak, kamu da lapor diri lom? YaRabbi..kena lapor ka? kat mana? pakcik tu pun dengan Machonya tunjuk kat pejabat pentadbiran..tersengihla aku pi lapor sebagai Pelawat terhormat kat situ..

dalam kul 11.00 pagi barulah nampak Encik Suami berkawad datang ke meja kami..bila da lapor baru Pelatih di beritahu ada pelawat sedang menanti..aduiya...sangat stress..

malas nak stress lagi so aku nak update beberapa keping gambar yang sempat kami snap d dewan Pengaman nih..













saya harap minggu depan masih ada peluang dariNya untuk kami bersua lagi..berjabat tangan dengan Encik Suami buat aku rasa bahagia sangat..sudah lama hari yang aku lalui tanpa salaman dari Encik Suami..sesungguhnya, Allah gugurkan dosa-dosa kecil kita tatkala kita bersalaman dengan Suami kita..Alhamdulillah..

4 Mei 2011

Karipap Karipap Cinta

04 Mei 2011
08.00 pm


di iringi lagu Hanyut nyanyian AbgNgah Aku  secara akustik~Faizal Tahir (ngef3x)


lau sebut sal karipap mesti anda semua akan terbayang kan ini ;



nyum..nyum..

tapi, karipap ni xberkaitan pun dengan tajuk aku di atas 
(harap maklum) apa yang aku nak bercerita di sini adalah sal ;


inilah yang aku nak habaq kat korang semua

aku pi satu bookstore daerah Klang bebaru ini..apa yang buat aku teruja nak ke bookstore berkenaan adalah kerana aku agak terpikat dengan salah satu Novel karya Nazri M Annuar..da di cetak beberapa kali (membuktikan yang buku ini amat digemari)so, masuk2x je kedai..ternampak teros buku ini (kerana beliau di letakkan di Rak Promosi)tu pun da tinggal beberapa je..sangat laku yer..Tahniah kepada penulis..

apa yang buat aku nak tergelak sal buku ni..memula baca da gelak sorang-sorang sampai Tomei memandang serong pada aku..ish, janganlah pandang camtu sayang...malu la mummy.. *blushing*~bahasa yang di gunakan amatlah sempoi dan bersahaja..ibarat kita sedang berborak dengan kawan ajer bahasa nya..tidak terlalu skema kot !!

aku xnak ulas sal citer ni sbb lau aku ulas, korang baca da xsuspen lah..tp pape pun, korang bacalah..xrugi pun malah akan buat korang gelak sensorang..percayalah !!aku nak baca buku lain lak pas ni.tp, selang beberapa hari aku ase nak baca semula buku ni..ha ha ** gelak guling-guling**

sila lah yer..xmahal pun..hanya RM 14.00 sahaja sebuah..