8 Mei 2011

1/2 jam Bersama Encik Suami

08 May 2011
11.00 tengahari
Dewan Pengaman, Pulapol KL

hari ini, pelatih Konstabel di benarkan menerima pelawat..dan aku antara orang yang sangat teruja nak jumpa Encik Suami yang hampir sebulan beberapa hari aku xmelihat wajahnya, xmendengar suaranya dan xmendengar kabar berita darinya..selepas beliau balik dari bercuti selama 2 minggu hari itu, inilah peluang utk aku jumpa, peluk dan cium dia setelah sekian lama..aku dah xtahan nak derita merindu lagi..saat aku taip citer sal dia lam blog ni pun aku tersebak2x ni..xtahan menahan kesedihan !! huhuhuhu

1st thing aku nak story sal hari melawat Encik Suami ni..kenapa tajok entri aku 1/2 jam bersama Encik Suami??ye, aku hanya dapat bermesra alam dengan Encik Suami hanya 1/2 JAM sahaja...huhuhuhuhu..sangat menyedihkan jiwa dan raga..huhuhuhuhu..pape pun aku bersyukur dapat peluang jumpa..Semoga minggu depan masih ada peluang untuk aku jumpa Encik Suami lagi..Ya Allah, beri kami peluang jumpa lagi yer..Amin..

tp, kat sini aku nak mengadu domba jugaklah sal pengurusan di sana..huhuhu..bukan nak kondem tp untuk penambahbaikkan utk masa hadapan..sebab pada pendapat aku, lau gitu gayanya, mmg PDRM xleh pakai pendekatan MESRA, cekap dan betol..XMESRA pun..taulah nak tunjuk kome semua TEGAS tp kami ni ibarat pelawat melawat PDRM tidakkah pendekatan MESRA itu perlu di utamakan??

memula sampai kat Pusat Latihan yang gah dengan nama PULAPOL ni, kami di sambut baik punya dari gate utama..aku tabik spring la pada anggota yang jaga gate sbb mmg mesra tahap gaban lah..tp, bila sampai je kat area nak jumpa pelatih..aku tak tau nak tuju mana..ada beberapa anggota yang bertugas di area situ tp xde sorang pun yang menegur kami..jadi, kami ibarat pandai2lah cari jalan sendiri..nampak satu table kosong lalu aku ngn adik aku lepak di meja itu..

hampir setengah jam melepak terasa janggal pula sbb abg xmuncul2x..kata kul 10 dapat jumpa tp ni da 10.30 pg..setengah jam dah di buang begitu sahaja..sangat membazir..at last, ada seorang uncle ni tegur kitorg..agaknya dia pelik kot tgk aku da macam apa dok tersengih2x kat situ..lalu dia bertanya, nak, kamu da lapor diri lom? YaRabbi..kena lapor ka? kat mana? pakcik tu pun dengan Machonya tunjuk kat pejabat pentadbiran..tersengihla aku pi lapor sebagai Pelawat terhormat kat situ..

dalam kul 11.00 pagi barulah nampak Encik Suami berkawad datang ke meja kami..bila da lapor baru Pelatih di beritahu ada pelawat sedang menanti..aduiya...sangat stress..

malas nak stress lagi so aku nak update beberapa keping gambar yang sempat kami snap d dewan Pengaman nih..













saya harap minggu depan masih ada peluang dariNya untuk kami bersua lagi..berjabat tangan dengan Encik Suami buat aku rasa bahagia sangat..sudah lama hari yang aku lalui tanpa salaman dari Encik Suami..sesungguhnya, Allah gugurkan dosa-dosa kecil kita tatkala kita bersalaman dengan Suami kita..Alhamdulillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen sana Komen sini