27 Mei 2011

~Nur Kasih The Movie~

26/05/2011 ~ Jusco Bukit Raja
9.45 pm ~tiket book by Masrul Farihan a.k.a Kak Maro



sesape da layan Nur Kasih The Movie xperlulah kot nak review blog sy sal citer ni..sbb review sy ni bg mereka yang lom tengok (hanya tgk trailer kat TV je)..hehehehehehe..Tujuan sy nak review this movie adalah suntuk berkongsi dengan anda semua mengenai kisah CINTA antara ADAM & NUR AMINA..

1st, sy nak ucapkan TAHNIAH kepada PELAKON UTAMA movie ni iaitu REMY ISHAK & TIZ ZAQYAH..(tp ucapan tahniah aku di lebihkan kepada Encik Remy Ishak)..Lakonan Remy Ishak dalam filem ini benar-benar memberi kesan kepada sy sebagai Penonton..(tak taulah memberi kesan ke tidak pada sahabat saya ..Kak Masrul Farihan, Uzaireen, Qistie dan Ella)..tp yg pasti, bg sy ia smpai ke ulu hati sy ni sehingga sy terasa sebak sangat..(mungkin juga sy sebak sebab kesetiaan Encik Adam tu mencerminkan Kesetiaan Encik Suami sy)..~kata Abil, my hensem cousin, Encik Remy Ishak mempunyai wajah sipi-sipi cam Encik suami aku..benarkah??

ok..ngomelan seterusnya ~ cerita ini adalah kesinambungan Drama Nur Kasih yang di siarkan di TV3 pada tahun lepas kot..(xsure lah sebab sy xpernah pun menonton drama tersebut)..di sebabkan sy langsung tidak pernah menonton drama tersebut jadik sy tidak tahu jalan cerita asal cerita ini..dan sy jugak tidak mengenali siapakah ADAM, NUR AMINA dan AIDIL..cuma sy tahu, yg berlakon adalah Tiz Zaqyah, Remy Ishak & Fizz Fairuzz..ngef3x..

beberapa scene dalam Filem ini

mendengar sahabat FB mengupdated sal kesedihan serta kesayuaan cerita ni, terdetik ati sy utk mengoffer diri g menonton filem ni..ada kengkawan suh bawak tisu (konon akan mengalirkan airmatalah)-sy bawak sapu tangan yang mana sy pernah lap airmata masa g hntar Encik suami sy..-syahdu gilew !!

dari pengamatan sy sepanjang menonton filem ini, jalan cerita nya ok tp agak bercelaru skit..tp, sy nak komen sal dialog @ skrip la sepatah 2 kata..ada sesetengah skrip tu, macam xlogik jer..1.masa En Adam kena tahan wad kerana masalah kegagalan jantung, Mak dia nangis2x kata - kamu masih muda mengapa kamu yang harus pergi dulu?? tanda soal nya, siapa yg pergi sedangkan Adam masih bernyawa atas bed tu !! ~erk  2.masa Adam masih di bed dan menerima kunjungan mamat yg menuntut ilmu denganya -Kenapa orang yg baik harus pergi dulu?? aik..kompius lagi..lau sy jadik Adam - sentap hati mak ni nyah..kenapa dialog gini harus di perkatakan sedangkan, Adam masih bernyawa...-

walau apa pun kekurangan @ kelebihan cerita ini, sy menyambut baik jalan cerita yang dipaparkan..Kesetiaan seorang suami terhadap Isteri yang sangat di kasihi harus di puji..kasih sayang yang dilahirkan memupuk kasih abadi..tiada siapa yang tidak ingin di cintai dan disayangi..

kepada yang masih terfikir-fikir nak g tengok ke tanak tengok, saya cadangkan..pergilah menonton kerana, nilai yang di terap dalam filem ini yang mana nilai sayang Allah, redha dengan Ujian Allah harus kita amalkan.semoga sy mampu menjadi wanita setabah Nur Amina dan Suami sy pula menjadi sebaik dan setia seperti Adam..~Amin~


Kasih Sayang Adam menjadi kan Encik Remy Ishak di gilai Ramai WANITA !!
(ada rupa Encik Suami sy kah?)


Nur Amina - Tiz Zaqyah melonjak naik kerana watak Nur Amina


Tonggak Utama Filem ini
(aku suka dak Ilyas-BAJU MERAH tu- chumell sangat)


Aku suka dak chumell dua org ni



tetiba teringat kak Encik Suami


~SEKIAN~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen sana Komen sini