21 Jun 2011

sesucinya cintamu

21 Jun 2011
Selasa
10.10 pm

Mustazar Abdullah
sesuci nama mu begitulah sucinya cinta kamu buat aku..sungguh aku xsangka, perkenalan kita yang xmasuk dek akal melahirkan bibit cinta sehingga ke fasa ini..Terima Kasih Ya Allah atas kurnianMu ini..Aku amat bersyukur dengan kehadiran beliau di sisi hidupku..

perkenalan kami hanyalah kerana SALAH NOMBOR telefon, si dia tersalah mendail no HF aku ini pada 8 tahun yang lepas..perkenalan singkat kami menjadikan kami serasi tanpa bersua muka..segala suka duka di kongsi tanpa ada segan dan silu..malah lebih sopan kot..hehehehehe..genap 2 tahun kami berkenalan, si dia menyuarakan dengan aku yang dia nak bersua muka..zaman aku dulu..mana glemer agi MMS..topup pun mahal nak mampos..3G jauh sekali..xwujud pun lagi..

persetujuaan kedua-dua belah pihak membuatkan kami membuat keputusan nak berjumpa..hehehe..jumpa kat lobby Pasaraya Pantai Timur je..xgrand langsung tempat pertama bersua muka..aduiya..pandangan pertama aku ~ ades..mat rempitkah kamu???..rambut berekor, pakai spek itam RayBan..ngef3x..xjatuh hati pun malah nak tergelak je nengok gaya rempto beliau..hahahahaha..

memasing menyambung pengajian..aku di Terengganu dia plak di Kuala Lumpur..masih keep in touch cuma xserancak spt sediakala kerana aku dah menemui 1st Love aku du sana..hahahaha..mama suh g belajar aku g cari jdodh..sbb tu kot xkekal hubungan aku ngn 1st Love aku ni..hahahahaha..sekian ~

pastu, aku ase aku xleh hidop xmsg ngn dia, xciter2x ngn dia..xgadoh ngn dia..ase life ni kosong wooo..dia ni mmg ada chemistry tahap Ultraman la dengan aku..tp aku ni ttp ego xnak kapel dengan dia..bukan kerana rupa paras tp hati aku ni xready la nak kapel dengan dia..mahu tp xmahu..camne tuh..hahahahaha

aku sambung lagi study di Terengganu lagi..di TATiUC, Telok Kalong, Kemaman..hehehehe..di sini aku mula ase sunyi lak aku xde BF kan..aku ase jeles nengok si Ayu gayut ngn Zul (da jadik laki bini da diorang ni..da dapat anak kembar lagik) hehehe..aku pun amik keputusan nak lamar dia jadik pakwe aku lah..argh..lantak la dia nak cakap aku ni apa..aku da byk kali tolak cinta dia dan kali ni aku xnak kehilangan dia lagi..

12 ogos 2008 kami bercinta..tp xsemeriah yang di sangka sbb jarak jauh kan..aku xsuke sbb berlaku pembaziran di sini (hahahaha..topup paras bahaya kot) hehehehe..kami mcm slow skit..dia ikot je rentak aku..sempat clash sekejap..pastu kasih bertaut kembali ~ hehehehe..da xnak kehilangan aku agaknya, dia minta izin utk family dia dtg risik aku dan terus tetapkan tarikh pertunangan..aku xready lagi sbb aku masih lom ada kerja tetap..aku nak kerja dulu..aku cakap pd dia, KALAU SY DAPAT KERJA KERAJAAN,AWK LEH MASUK MEMINANG SY !!~ ko gilew..bukan senang kot nk dapat keje kerajaan tp Allah itu maha berkuasa, dalam beberapa bulan pastu aku dapat kerja kerajaan di Shah Alam..so, si dia menuntut janji..kami bertunanglah pada 23 sept 2009..dan melangsungkan perkahwinan pada 8 Jun 2010 (sama tarikh dengan besday dia)..Indahnya hidup apabila di kurniakan suami yang sangat penyayang dan sangat penyabar..Alhamdulillah...

kini, genaplah usia perkahwinan kami setahun..walaupun bermula januari 2011 kami PJJ (perkahwinan Jarak Jauh) walaupun KL dan Shah Alam xjauh sangat pun..aku tetap bersyukur..Aku sayang kamu Mustazar Abdullah ~ sayang sangat2x

Sekian, terima kasih

beberapa keping gambar utk tatapan umum ~ hehehehe


~taman tasik titiwangsa~


Nilai 3


Jusco Bukit Tinggi Klang


My Home Sweet Home, Kelate


Taman Rimba Shah Alam


otw balik dari kerja


kami penyokong The Red Warriors


My Happy Family ~ cewah~

2 ulasan:

Komen sana Komen sini