14 Julai 2011

Aku Rindu Sayang Kamu

14/07/2011 - Khamis
Berbaju Batik Hijau tanda sokong kekalkan KEHIJAUAN alam ~ bukan hijau lain nok ~ hehehehehe

umm, da beribu-ribu lemon dah kerinduan aku wat sang suami yg jauh di mata namun dekat di hati ~ memang seksa jiwe dan rage lah aku nak menanggung kerinduaan ni di mana telah di extend sehingga september pula..Ya Allah, besar sungguh ujian dariMu buat aku yg kerdil ni..Namun aku bersyukur kerana Ujian ini mengajar aku erti Kerinduaan, erti Usaha Sendiri dan erti Ketabahan meniti hari - hari tanpa Encik Suami di sisi..

ujian dari Allah tanda Allah bersama kita dan Allah sayang kita ~ jangan menidakkan Qada' dan Qadar Allah kerana kamu boleh menjadi insan munafiq ~ nauzubillah..mohon Allah sentiasa bersama dengan aku utk lalui hari-hari yang penuh dengan cabaran dan onka duri ini..kalau jiwa dan hati  ini tidak kuat dengan zikrullah Mu pasti diri terjerumus ke lembah kekecewaan melampau ~

terima kasih kepada sahabat yang tidak pernah kenal erti jemu berada di sebelah ku..menyokong segala tindakan dan perjalanan hidup aku..tidak kurang juga telah memberi nasihat yang amat berguna buat aku..terima kasih kalian ~ namun disebalik kegembiraan ada juga kesedihan di mana, kebaikkan kita telah di salah ertikan oleh orang yang tidak kenal erti persahabatan, kekeluargaan dan sebagainya ~ aku mmg sangat tidak suka dengan makhluk yang suka bermuka-muka ni..

umm, apa kaitan semua bicara aku dengan tajuk blog ni? umm, aku rindu sayan kamu wahai Encik suami yang aku ingati selalu..setiap doa kudusku, ku mohon Allah lindungi dirimu..semoga Abg selamat menjalani latihan dan sentiasa sihat selalu..jangan amik port dengan masalah luaran..yang penting Abg dapat tamat dengan jayanya september nanti InsyaAllah ~ Ayg xkan pernah lupa utk mendoakan kebaikan buat Abg..harap Abg juga begitu ~

buta sahabat yang sentiasa bersama menyokong aku, aku RINDU SAYANG KAMU juga..tanpa kalian mungkin aku masih di takok lama ~ masih terkedek2x mencari diri yg sebenar ~ harap kalian akan terus teguh bersama aku..dari kini hingga selamanya ~ amin ~

Buat Abg a.k.a Mustazar Abdullah,
Buatlah yang terbaik demi masa depan kita sekeluarga..
Ayg SAYANG Abg sesangat ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen sana Komen sini